ms Malay en English
A- A A+

Pada  Muharram 1444H bersamaan 28 Ogos 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Negeri Kelantan).

Pihak Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN),  merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap beberapa akta, antaranya ialah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.  Seramai 5 orang pegawai diketuai oleh Muhammad Afiq bin Abu Hasaan, (Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri Kelantan) untuk membuat kunjungan hormat bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi.

Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi silaturrahim di antara Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Kelantan) dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Pada  Zulkaedah 1443H bersamaan 07 Jun 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam Negeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Seramai 4 orang yang telah hadir membincangkan Kerjasama Dalam Pengurusan Banduan/Tahanan yang Disabitkan dengan Kesalahan Keganasan dan Berisiko Tinggi.  Kunjungan hormat ini diketuai oleh TKP Zaidi bin Hamid (Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal Berisiko Tinggi, Jabatan Penjara Malaysia).  Jabatan Mufti Negeri Kelantan amat berbesar hati untuk menerima kunjungan hormat ini untuk membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pemulihan kepada banduan/tahanan yang terlibat.

Jabatan Mufti Negeri Kelantan amat berbesar hati dengan kerpihatinan dalam perkara ini.  Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat menghasilkan satu inisiatif baru yang dapat memberi manfaat kepada negara dan masyarakat bagi mencegah jenayah keganasan melampau terutama kepada banduan kategori radikal.  Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan silaturrahim antara Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam Negeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Pada  Muharram 1443H bersamaan 07 Ogos 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Islam DarusSalam Malaysia (DarulSalam) bagi membincangkan rawatan alternatif berlandaskan Syariah Islam.

Persatuan Perubatan Islam DarulSalam Malaysia (DarulSalam) diasaskan oleh almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Ismail bin Kamus adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). DarusSalam menjalankan aktiviti dan perkhidmatan rawatan alternatif berlandaskan Syariah Islam bagi membantu masyarakat yang menghadapai masalah yang berkaitan dengan penyakit rohani dan jasmani. Objektif kunjungan mahabbah adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan bertukar-tukar pandangan berkaitan usaha untuk memartabatkan amalan perubatan Islam di negeri Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya.

Semoga kunjungan mahabbah ini dapat  memartabatkan dan mengangkasa umat islam di Negara kita dan mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Persatuan Islam DarusSalam Malaysia (DarulSalam) dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Pada  Zulhijjah 1443H bersamaan 25 Julai 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau singkatannya MAPIM merupakan sebuah gabungan beberapa buah NGO yang memperjuangkan aspirasi Islam din Malaysia. Presiden MAPIM terkini ialah cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. MAPIM adalah pertubuhan bagi membantu saudara-saudara yang berada dalam kesusahan yang memerlukan bantuan tidak kira di Malaysia mahupun yang berada di luar Negara.

Semoga kunjungan hormat ini dapat  mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan  Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Pada  Zulkaedah 1443H bersamaan 07 Jun 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat bagi Membincangkan Kerjasama Dalam Pengurusan Banduan/Tahanan Yang Disabitkan Dengan Kesalahan Keganasan Dan Berisiko Tinggi. Kunjungan ini akan diketuai oleh TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Jabatan Penjara Malaysia.

Seramai 2 orang Pengarah iaitu TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan PKK Mat bin Yaacob Pengarah Penjara Negeri Kelantan  serta dua orang warga kerja iaitu Wakil dari Penjara Pengkalan Chepa dan TPP Ahmad Zakuwan bin Elahi, Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Bersiko Tinggi, Ibu Pejabat Penjara Malaysia  disambut sendiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad berserta Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Kelantan. 

Semoga kunjungan hormat ini dapat  mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam Negeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan  Jabatan Mufti Negeri Kelantan.