Pada Zulkaedah 1443H bersamaan 07 Jun 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat bagi Membincangkan Kerjasama Dalam Pengurusan Banduan/Tahanan Yang Disabitkan Dengan Kesalahan Keganasan Dan Berisiko Tinggi. Kunjungan ini akan diketuai oleh TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Jabatan Penjara Malaysia.
Seramai 2 orang Pengarah iaitu TKP Zaidi bin Hamid, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan PKK Mat bin Yaacob Pengarah Penjara Negeri Kelantan serta dua orang warga kerja iaitu Wakil dari Penjara Pengkalan Chepa dan TPP Ahmad Zakuwan bin Elahi, Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Bersiko Tinggi, Ibu Pejabat Penjara Malaysia disambut sendiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad berserta Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam Negeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.