Pada 26 Rejab 1443H bersamaan 28 Februari 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Tabung Haji iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Ashrof Shamsudin yang baru bertukar ke Perbadanan Tabung Haji Cawangan Negeri Kelantan.
Seramai 3 orang pegawai daripada Perbadanan Tabung Haji Negeri Kelantan turut hadir bersama dan disambut sendiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad berserta Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar pendapat selain mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Perbadanan Tabung Haji Negeri Kelantan dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.