Pada 3 Syaaban 1443H bersamaan 6 Mac 2022M hari Ahad, Jabatan Mufti Selangor telah mengadakan kunjung hormat dan ziarah mahabbah kepada Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Kunjungan hormat dan ziarah mahabbah tersebut diketuai oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, selaku Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, selaku Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor.

Turut hadir berkunjung bersama-sama mereka juga Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Selangor iaitu Ketua Penolong Mufti (Fatwa), Al-Fadhil Ustaz Mohamad Shukry bin Sulaiman, Penolong Mufti Kanan (Falak), Al-Fadhil Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan (Maktabah), Ustazah Jamilah binti Muhammad Jamil, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Puan Hailis Suzana binti Abdul Halim dan Penolong Pegawai Tabdir, Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin berserta tiga orang pemandu.

Kunjungan hormat tersebut disambut sendiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad bersama Pegawai-Pegawai dan warga kerja Jabatan Mufti Negeri Kelantan yang lain. Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk melakukan ziarah mahabbah dan bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Publish modules to the "offcanvs" position.