Pada 25 Januari 2022M bersamaan 22 Jamadil Akhir 1443H hari Selasa, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Pulau Pinang, iaitu Yang Bahagia Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah. Rombongan kunjungan hormat tersebut telah disambut sendiri oleh Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir selaku Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, yang turut disertai oleh pegawai IPSI iaitu Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad Tahir dan Encik Azlan bin Shamsudeen.

 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menziarahi Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan memperkenalkan pertubuhan IPSI kepada Jabatan Mufti. Selain daripada itu, tujuan kunjungan hormat ini adala untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan dari segi penyediaan perkhidmatan kaunseling kepada saudara baru, silibus pengajaran dalam penyebaran Islam dan isu-isu lain antara negeri Kelantan dan Pulau Pinang. Semoga kunjungan hormat dan perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Publish modules to the "offcanvs" position.