ms Malay en English
A- A A+

Pada 21 Jamadil Akhir 1443H bersamaan 24 Januari 2022, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kunjung hormat dan suai kenal  bersama bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan yang bertempat di Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang yang turut terlibat dalam lawatan tersebut. Antaranya ialah Ustaz Zahari Bin Daud, Tuan Sheikh Mohd Firdaus Bin Haji Sh Ahmad, Ustaz Mohd Awalluddin Bin Abd Manan, Ustaz Mohd Ghazali Kamali@Ali dan Ustazah Nurul Hida Bt Baharom. 

Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk bertukar - tukar pendapat dan dapat membandingkan aktiviti dalam bahagian  falak serta dapat mengeratkan hubungan antara Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan.