PENGGUNAAN PENDAPAT MAZHAB LAIN SELAIN DARI MAZHAB SYAFIE DALAM MASALAH PESAKA

 

Kategori   : Akidah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai Penggunaan Pendapat Mazhab Lain Selain Dari Mazhab Syafie Dalam Masalah Pesaka dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat membincang kertas mengenai masalah di atas berlandaskan ketetapan syarak yang begitu terperinci memperkatakan tentang harta pesaka serta hukum faraid sehingga ianya tidak wujud kekhilafan di kalangan para ulama’ yang muktabar berbanding dengan masalah-masalah furu’ yang lain.  Oleh itu tidak timbul ketetapan faraid perlu difatwakan kerana apa yang terdapat dalam hukum adalah jelas dan tetap.

 

Adapun persoalan cucu yang kematian bapa atau ibu sebelum kematian datuk (صاحبالمال) menjadi terdinding (محجوب) bagi mendapat pesaka datuk mereka yang kaya-raya itu,

 

Perkara tersebut boleh diatasi menerusi dua kaedah berikut:

 

(1)         Sohibul Mal (صاحب المال) boleh membuat wasiat menerusi saluran yang sah untuk mengurniakan sebahagian tertentu hartanya kepada cucu yang telah menjadi yatim itu dengan syarat tidak melebihi satu pertiga dari hartanya, atau harta itu diberi semasa hayat sohibul mal (صاحب المال) sebanyak mana yang munasabah, umpamanya menurut kadar yang setara dengan bahagian yang menjadi pesaka kepada bapa atau ibu mereka andainya mereka masih hidup. atau;

 

(2  )       Ahli-ahli waris yang berhak mendapat pesaka, dengan ihsan bersepakat memberi sebahagian tertentu dari harta pesaka tersebut kepada cucu yang dimaksudkan itu, demi untuk menjamin masa depan mereka di samping bertujuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Publish modules to the "offcanvs" position.