FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

 

Kategori: Sosial /Syariah

 

 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 3/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 27 Disember 2009 telah membincangkan Isu Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam  dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :-

 

  1. Hukum bertatu (pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu) mengikut pandangan islam adalah haram.

 

  1. Orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jikalau tidak mendapat kemudharatan. Jikalau mendatangkan kemudharatan, maka tidak mengapa dibiarkan dan dimaafkan.

 

  1. Orang yang telah bertatu tetapi tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia maka tidak wajib dihilangkan tatunya kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut.

Publish modules to the "offcanvs" position.