FATWA TAHUN 2006

 

FATWA MENGENAI GARIS PANDUAN PEMBAKARAN BUKU- BUKU AGAMA YANG TERDAPAT AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADITH

 

Kategori : Syariah

 

Isu Dan Masalah  :

 

Mesyuarat dimaklumkan garis panduan ini perlu dibuat untuk memelihara kesucian ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang terdapat di dalam buku-buku agama semasa proses pelupusan buku-buku agama ini dilakukan dengan cara pembakaran.

 

Keputusan  :

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2006 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  21 Disember  2006 telah membincangkan isu   Fatwa Mengenai Garis Panduan Pembakaran Buku-Buku Agama Yang Terdapat Ayat-Ayat Al-Quran Dan Hadith dan telah bersetuju menfatwakan  seperti  berikut :

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ telah bersetuju  mengeluarkan garis panduan pembakaran buku-buku Agama yang terdapat Ayat-Ayat Al-Quran  dan Hadith.

 

Huraian :

                                                         

  1. a) Tindakan yang perlu diambil terhadap ayat-ayat al-Quran yang tidak dapat digunakan lagi adalah seperti berikut :

 

  1. Dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.

 

  1. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada urusetia atau majlis dan Jabatan Agama Islam dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.

 

  1. b) Cara pembakaran :

 

  1. Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

 

  1. Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

 

  1. Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

 

  1. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

Publish modules to the "offcanvs" position.