CADANGAN PENGGUNAAN WANG ZAKAT UNTUK PROJEK PEMBINAAN MARKAZ SAUDARA BARU MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN.

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bil. 2/96 yang bersidang pada 30 Jun 1996 telah membincangkan mengenai Cadangan Penggunaan Wang Zakat Untuk Projek Pembinaan Markaz Saudara Baru Majlis Agama Islam Kelantan (Kertas Bil.5/2/96) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

               

(1)  Harus menggunakan wang dari sumber zakat untuk perbelanjaan projek markaz saudara baru yang dicadangkan itu, termasuk membeli tapak untuk tujuan tersebut. Ini adalah kerana ianya termasuk dalam kegiatan fi sabilillah.

 

(2)     Keputusan ini bersandarkan kepada pendapat dalam kitab Feqah Sunnah juzu’ 1 halaman 233, cetakan kedua tahun 1973/1392 berbunyi :

 

 

((وفيه: ((وفي سبيل الله )) وهو يشتمل سائر المصالح الشرعية العامة، التى هي ملاك أمر الدين، والدولة)).

 

Maksudnya :

 

Termasuk dalam urusan fi sabilillah merangkumi semua maslahat umumyang diharuskan syarak dimana ianya merupakan pemilik dalam urusan agama dan negara.

 

ومن أهم ما ينفق في سبيل الله، في زماننا هذا، إعداد الدعاة إلى الاسلام، وإرسالهم إلى بلاد الكفار، من قبل جمعيات منظمة تمدهم بالمال الكافى، كما يفعله الكفار في نشر دينهم.  ويدخل فيه النفقة على المدارس، للعلوم الشرعية، وغيرها مما تقوم به المصلحة العامة.

 

Maksudnya :

 

Antara perkara paling mustahak dibelanjakan pada jalan Allah (Fi Sabilillah) di zaman kini ialah memperbanyakkan bilangan pendakwah untuk menyeru kepada agama Islam dan menghantar mereka ke negara-negara bukan Islam seperti mana yang pernah dilakukan oleh golongan kuffar dalam menyebar agama mereka.  Termasuk juga dalam konteks fi sabilillah ialah perbelanjaan untuk persekolahan bagi mempelajari ilmu-ilmu syariah dan lain-lain demi urusan untuk maslahat umum.

 

Huraian:

 

Satu kertas mengenai perkara tersebut telah dibincang untuk mendapat Fatwa Jemaah Ulama.  Tujuan  projek tersebut adalah sebagaimana berikut :

 

(1)         Untuk pusat perlindungan, latihan dan bimbingan saudara baru.

 

(2)         Untuk pusat pemulihan akidah menurut kuasa di bawah Seksyen 102, Enakmen 4/94.

 

Oleh kerana projek tersebut membabitkan kos yang agak besar yang mengandungi asrama lelaki dan perempuan, surau, dewan besar, pejabat, kantin dan lain-lain kemudahan, sedangkan Majlis tidak mampu menanggung perbelanjaan dari sumber Baitulmal kerana pendapatan dari sumber tersebut adalah terhad. Maka Pihak Pengurusan memohon pandangan Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam samada harus atau tidak menggunakan wang dari sumber zakat untuk membina bangunan kompleks tersebut dan juga jika perlu, untuk membeli tapak markaz.

Publish modules to the "offcanvs" position.