FATWA TAHUN 2012

 

CADANGAN PENETAPAN NISAB ZAKAT MATA WANG MALAYSIA DAN HARTA LAIN- LAIN  BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1433 HIJRIAH HINGGA RAMADHAN 1434 HIJRIAH

 

(Kategori : Zakat)

KertasTarikh : 07 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433H

(Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 7/2/2012)

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenaiCadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1433 Hijriahdan telah bersetuju menetapkan harga seperti berikut:

Keputusan :

 

  1. Mesyuarat membincangkan cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha.
  2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan nisab zakat mata wang Malaysia dan harta lain-lain bagi haul antara Ramadhan 1433 Hijriah hingga Ramadhan 1434 Hijriah ialah sebanyak RM13,900.00.
  3. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang mengambil sumber daripada bank RHB.

Publish modules to the "offcanvs" position.