FATWA TAHUN 2019

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1440 HIJRIAH.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 5/1/2019).

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Malayu Kelantan yang bersidang pada 23 September 2019 Masihi Bersamaan 23 Muharram 1441 Hijriah telah membincangkan isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1440 Hijriah dan memutuskan seperti berikut:

  1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

 

  1. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi negeri Kelantan tahun 1440 Hijriah ialah sebanyak RM7.00.
  2. Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di negeri Kelantan yang bernilai RM2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.

Publish modules to the "offcanvs" position.