FATWA TAHUN 2009

 

CADANGAN PENEPATAN NISAB ZAKAT MATAWANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1430H HINGGA RAMADHAN 1431H.

 

Kategori: Zakat

 

 

KEPUTUSAN:

           

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 14  Jun  2009 telah membincangkan Isu Cadangan Penepatan Nisab Zakat Matawang Malaysia Dan Lain-Lain Harta Bagi Haul Antara Ramadhan 1430h Hingga Ramadhan 1431h dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :

 

Mesyuarat bersetuju menetapkan nisab zakat mata wang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1430H hingga Ramadhan 1431H ialah sebanyak RM 8422.14.

 

Huraian:

 

Keputusan ini di buat berdasarkan purata emas harian yang di keluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji yang mengambil sumber daripada RHB Bank.

Publish modules to the "offcanvs" position.