FATWA 1990

 

1.BUKU RAHSIA USTAZ ASYAARI TERBONGKAR DI LUAR NEGERI  OLEH

    MUHAMMAD SAYUTI OMAR

 

Kategori    : Akidah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Kali 1/90 Pada 28 januari 1990 telah membincangkan Mengenai MasalahBuku Rahsia Ustaz Asyaari Terbongkar Di Luar Negeri  Oleh Muhammad Sayuti Omar dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

 

Setelah dibuat penelitian penyelewengan Al-Arqam dapat dilihat dengan merujuk kepada Buku Rahsia Ustaz Asyaari Terbongkar Di Luar Negeri  Oleh Muhammad Sayuti Omar dan pegangan kitabnya iaitu Aurad Muhammadiah antaranya:

 

  1. Bahawa Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi itu tidak mati, ghaib dan iaadalah Mahdi yang dinantikan.

 

  1. Beliau adalah seorang khalifah dari Rasulullah yang namanya disebut di dalam Aurad Muhammadiah bersekali dengan nama Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali.

 

  1. Bahawa umat Islam hendaklah bersama-sama Al-Arqam mesti dan bersiap sedia untuk menerima Mahdi itu bila ia datang dia akan menjadi pemimpin mereka.

 

  1. Di dalam Al-Arqam ada amalan tahdir aurah"تحضير اوراح" iaitu amalan yang menyebabkan timbulnya sangkaan roh Nabi Muhammad s.a.w dan auliya’ serta Imam Mahdi boleh masuk ke dalam badan orang-orang tertentu dalam Al-Arqam dan memberi arahan dan ilmu yang mesti ditaati walhal amalan ini adalah amalan yang sesat yang tidak diterima.

 

Dengan faktor-faktor di atas, persidangan Ulama’ di Majlis Agama Islam 1989 telah memutuskan:

 

  1. Semua penerbitan Al-Arqam itu diharamkan.

 

  1. Kegiatan mereka itu diharamkan di mana mereka berada dengan penguatkuasaan di pihak yang berkenaan apalagi pihak polis.

 

  1. Hendaklah semua pihak tidak memberi kerjasama kepada mereka apalagi mereka yang berkhidmat dengan pemerintah.

 

  1. Mereka yang menjadi kakitangan pemerintah keluar dari jemaah Al-Arqam dan mereka yang tidak mengikut arahan ini akan diambil tindakan tatatertib.

 

  1. Buku yang bertajuk Rahsia Ustaz As-Syaari Terbongkar Di Luar Negeri karangan Muhammad Sayuti Omar hendaklah diharamkan dari pengedaran dan sebagainya.

 

  1. Hendaklah penerbitan (Prodescom sdn. Bhd) itu diharamkan kerana ianya terlibat dalam menerbitkan, penerbitan Al-Arqam dan yang menyokongnya seperti buku ini.

 

  1. Dan pengharaman hendaklah diteruskan kuatkuasanya ke atas semua jenis penerbitan yang diterbitkan dalam hubungan dengan Al-Arqam walaupun namanya tidak bersangkutpaut dengan Al-Arqam.

Publish modules to the "offcanvs" position.