FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM PERKAHWINAN BAGI KEMBAR SIAM

 

KategoriMunakahat

 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 14  Jun  2009 telah membincangkan Isu Hukum Perkahwinan Bagi Kembar Siam dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :-

 

  1. Bahawa hukum perkahwinan kembar siam lelaki dan wanita yang boleh dan telah dipisahkan kedua-dua mereka adalah diharuskan sekiranya mereka berkemampuan dari segi fizikal untuk berkahwin iaitu jika tiada masalah kecacatan pada organ-organ tertentu seperti alat kelamin, rahim dan lain-lain serta mampu melakukan hubungan kelamin.

 

  1. Hukum perkahwinan bagi kembar siam lelaki dan wanita yang tidak boleh dipisahkan adalah tidak dibolehkan melainkan setelah mereka menjalani pembedahan pemisahan kerana mereka adalah terdiri daripada dua jasad dan dua jiwa.

 

  1. Kembar siam yang ingin melangsungkan perkahwinan dinasihatkan supaya bertemu pakar perubatan untuk tujuan pembedahan dan mendapat pandangan pakar perubatan tentang faktor kesihatan dan kemudharatan sekiranya perkahwinan dilangsungkan.

Publish modules to the "offcanvs" position.