INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI
Previous Next

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2021 JABATAN MUFTI NEGERI KELANTAN

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sempena menyambut kedatangan tahun baharu 2021, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan satu Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 pada 06 Januari 2021 bertempat di Ruang Legar Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Majlis tersebut dimulakan pada jam 9.00 pagi dan disampaikan oleh YB SS Mufti sendiri, Dato’ Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad dengan kehadiran semua warga kerja.

Menurut YB SS Dato’ Mufti sebagaimana dalam Amanat Tahun Baharu, “Kita sebagai hamba Allah s.w.t, hendaklah selalu bersyukur kepada Pencipta Alam ini kerana dengan kurniaan Rahman dan RahimNya kita masih lagi dapat bernafas pada hari ini serta dapat melaksanakan tugas kita dengan jayanya sebagai penjawat awam. Tahun 2020 berjaya diharungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran ekoran pelbagai peristiwa suka duka, kekuatan dan kelemahan dalam episod kehidupan kita. Berhadapan dengan Covid-19 antara ujian terbesar di tahun 2020 dan saya sendiri antara orang-orang yang terawal diuji dengan wabak Covid-19 ini. Kita perlu menjalani kehidupan di luar kebiasaan atau lebih dikenali dengan norma baharu, manakala ekonomi negara hampir runtuh dan kesihatan kita semua terancam setiap hari dengan penularan wabak Covid-19. Aktiviti-aktiviti keagamaan serta pengajian dari setiap peringkat juga turut terkesan sama. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mengambil iktibar ekoran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2020."

Sambung beliau lagi, "Sekalung penghargaan kepada ketua-ketua bahagian atas komitmen dan kerja keras yang diberikan sepanjang tahun 2020 dalam menyempurnakan setiap tugasan yang diamanahkan. Melihat kembali pencapaian Jabatan Mufti pada tahun 2020, masih ada ruang untuk kita semua memperbaiki kelemahan yang wujud di Jabatan Mufti ini dan diharapkan semoga semua warga kerja dapat memberi khidmat yang cemerlang seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Sempena tahun baharu ini juga, saya menyeru semua warga kerja untuk menjadikan tahun 2021 sebagai tahun lonjakan bagi mencapai kecemerlangan dalam memantapkan modal insan dalam diri masing-masing."

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan pemberian cenderahati kepada warga kerja yang bertukar serta semua warga kerja Jabatan Mufti sumbangan daripada Jabatan Mufti Negeri Kelantan sebagai tanda kenangan dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan makan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search