Articles
KURSUS PEMANTAPAN ASAS FARAID 2020
- Athirah
- Berita Terkini
Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan (JMNK) telah mengadakan Kursus Pemantapan Asas Faraid 2020 yang berlangsung pada 10-11 Safar 1442H bersamaan dengan 28-29 September 2020 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri 7, Tumpat, Kelantan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat tentang ilmu faraid, mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan dalam mengira serta mentafsirkan ilmu faraid dan meningkatkan kesedaran pentingnya ilmu faraid dalam masyarakat Islam.
Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan Tumpat yang mensasarkan peserta dari kalangan penjawat awam di daerah Tumpat. Slot kursus ini dimulakan dengan Pengenalan Ilmu Faraid oleh Ustaz Wan Muhammad Ezani bin Wan Abdullah selaku Pegawai Falak JMNK dan disambung oleh penceramah jemputan iaitu, Ustaz Zulkifli bin Husain selaku Pengetua Maahad Taqaddum Maarif. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB. SS. Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan pada hari kedua kursus sekaligus menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada penceramah jemputan serta sijil kepada semua peserta.